Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Elemen kebolehkerjaan pelajar lepasan diploma teknologi pembinaan kolej vokasional di Malaysia.

Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan and Ismawi, Siti Nur Madeehah (2022) Elemen kebolehkerjaan pelajar lepasan diploma teknologi pembinaan kolej vokasional di Malaysia. Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Malaysia, 11 . pp. 89-95. ISSN 1985-6652

[img] PDF
142kB

Official URL: https://pptvm.wordpress.com/current/

Abstract

Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) sejak 2013 merupakan usaha penjanaan semula (reengineering) sistem pendidikan vokasional yang sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional baharu menerusi Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dapat menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Antara aspek yang dicakupi dalam KSKV adalah kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran berpasukan. Akan tetapi, aspek kebolehkerjaan tidak dinyatakan dengan jelas di Kolej Vokasional bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari kemahiran dan mengubah persepsi masyarakat umumnya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti elemen kemahiran kebolehkerjaan bagi kursus Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional. Kajian ini dijalankan untuk meneroka elemen kemahiran yang diperlukan dalam industri pembinaan dengan menggunakan kaedah tinjauan gabungan penerokaan bermula dengan kaedah kualitatif analisa dokumen dan diikuti dengan temu bual bersama 6 orang responden yang terdiri daripada 2 orang tenaga pengajar kursus Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional, 2 orang majikan industri dari sektor kerajaan dan 2 orang majikan industri dari sektor swasta. Kemudian, kajian diteruskan dengan kaedah kuantitatif soal selidik yang diberikan kepada 3 orang responden yang terdiri daripada pakar kompetensi, penyelaras program Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional serta majikan industri pembinaan bagi mengesahkan elemen kemahiran kebolehkerjaan yang diperoleh menerusi temubual. Dari data kualitatif yang telah dianalisa, lima domain kebolehkerjaan yang terdiri daripada kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisa maklumat, kemahiran memahami budaya serta kemahiran teknikal telah dikenal pasti dan disenaraikan dalam bentuk jadual elemen kebolehkerjaan dalam industri pembinaan. Data kualitatif kemudiannya digunakan bagi menghasilkan satu instrumen pengesahan yang telah dinilai dengan menggunakan statistik kappa. Dapatan kajian diharap akan dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki pelaksanaan kemahiran kebolehkerjaan secara khusus dan proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Vokasional dalam Modul Akademik dan Vokasional.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kebolehkerjaan, graduan kolej vakasional, industri pembinaan
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Science
ID Code:104771
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:25 Feb 2024 05:06
Last Modified:25 Feb 2024 05:06

Repository Staff Only: item control page