Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Mahasiswa Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam ) Terhadap Kahwin Ketika Belajar : Kajian Di UTM Skudai

Abdul Latiff, Mohd Abbas and Mohd Basar, Siti Mizati (2010) Persepsi Mahasiswa Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam ) Terhadap Kahwin Ketika Belajar : Kajian Di UTM Skudai. Persepsi Mahasiswa Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam ) Terhadap Kahwin Ketika Belajar : Kajian Di UTM Skudai . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
105kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi mahasiswa 4SPI mengenai perkahwinan ketika belajar, mengenal pasti persepsi 4SPI terhadap pelbagai persediaan yang harus dilakukan sebelum berkahwin ketika belajar dan untuk mengetahui persepsi 4SPI terhadap pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa yang hendak berkahwin ketika belajar. Sebanyak 46 orang responden terdiri daripada pelajar tahun akhir Kursus Sarjana Muda Sains serta Pengajian Islam Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor telah dipilih sebagai sampel. Set soal selidik mengandungi 30 item soalan telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 14.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ?= 0.904. Dapatan min untuk objektif pertama sebanyak 3.58. Manakala objektif kedua dengan min 3.93. Dan objektif ketiga min 3.80. Penyelidik juga ada mencadangkan beberapa cadangan untuk cadangan tindakan dan cadangan lanjutan antaranya penyelidik mencadangkan restu dari ibu bapa adalah sangat penting dan perlu didahulukan untuk mereka yang hendak berkahwin ketika belajar kerana tanpa restu mereka kebahagiaan yang dibina adalah tidak bermakna.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:belajar, perkahwinan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10476
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Oct 2010 07:09
Last Modified:06 Aug 2017 08:13

Repository Staff Only: item control page