Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal

Buntat, Yahya and Yusof, Amirudin (2010) Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal. Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
129Kb

Abstract

Kajian ini adalah untuk meninjau pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam, Elektrik dan Mekanikal di 6 buah sekolah menengah teknik di Negeri Johor dan Pahang dijadikan sampel kajian. Kaedah tinjauan adalah menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.0 (Statistical Package for Social Sciences) dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian ini mendapati guru-guru teknikal memahami dan mengaplikasikan pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kelas (min = 4.19). Selain itu, keadaan pelajar yang telah dikenalkan dengan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme menujukkan mereka lebih faham (min = 3.98) dan kelihatan lebih aktif (min = 3.94) sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala, kesediaan fasiliti di sekolah juga telah menggalakkan guru-guru teknikal melaksanakan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme (min = 3.95). Walaupun, pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme ini dijalankan oleh guru-guru teknikal tetapi masih ada sedikit permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakannya (min = 3.31). Katakunci: guru teknikal, konstruktivisme, mata pelajaran teknikal

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:guru teknikal, konstruktivisme, mata pelajaran teknikal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10475
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Oct 2010 07:06
Last Modified:05 Oct 2010 07:06

Repository Staff Only: item control page