Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis pengesahan faktor tingkahlaku kewargaan organisasi dalam kalangan guru sekolah di Selangor

Ibrahim, Amalina and Wan Sulaiman, Wan Shahrazad and Halim, Fatimah Wati (2022) Analisis pengesahan faktor tingkahlaku kewargaan organisasi dalam kalangan guru sekolah di Selangor. Akademika, 92 (3). pp. 23-38. ISSN 0126-5008

[img] PDF
825kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.17576/akad-2022-9203-02

Abstract

Peranan tingkahlaku kewargaan organisasi pada masa kini adalah sangat penting bagi memastikan organisasi dapat berkembang dengan baik dan cemerlang, terutamanya dalam kalangan guru sekolah. Sehubungan itu, kajian tinjauan telah dijalankan untuk menentukan Analisis Pengesahan Faktor (CFA) bagi skala tingkahlaku kewargaan organisasi. Kajian ini telah dijalankan ke atas seramai 361 orang guru sekolah di Selangor. Responden kajian dipilih dengan menggunakan Teknik persampelan rawak berkelompok pelbagai peringkat. Tingkahlaku kewargaan organisasi di dalam kajian ini terdiri daripada lima dimensi iaitu tingkahlaku menolong, kehematan, kesopanan, kemurnian sivik dan semangat setiakawan. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan CFA di dalam perisian AMOS. Dapatan menunjukkan CFA bagi tingkahlaku kewargaan organisasi tidak mencapai kesepadanan model yang baik. Oleh itu, model CFA spesifikasi semula bagi tingkahlaku kewargaan organisasi dilaksanakan. Keputusan akhir menunjukkan model CFA spesifikasi semula telah mencapai kesepadanan model yang baik dengan relatif chi-sq = 2.83, GFI = 0.91, CFI = 0.95, TLI = 0.94 dan RMSEA = 0.07. Selain itu, kriteria model CFA turut dicapai dengan jumlah keseluruhan Purata Varian Memusat (AVE) ialah 0.62, dan AVE bagi setiap dimensi tingkahlaku kewargaan organisasi adalah di antara 0.55 dan 0.73. Kebolehpercayaan konstruk (CR) telah dicapai dengan nilai 0.96, dan setiap dimensi menunjukkan CR di antara 0.79 dan 0.92. Kesimpulannya, skala tingkahlaku kewargaan organisasi adalah sesuai digunakan untuk mengukur tingkahlaku kewargaan organisasi dalam kalangan guru sekolah di Selangor. Kajian akan datang dicadangkan untuk menggunakan skala ini kepada pelbagai organisasi di Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Confirmatory factor analysis, organizational citizenship behavior, school teachers, construct reliability, model fit
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Education
ID Code:104744
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:25 Feb 2024 04:57
Last Modified:25 Feb 2024 04:57

Repository Staff Only: item control page