Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis keperluan program-program sokongan sosial dalam pemerkasaan saudara baru.

Abd. Rahman, Nur Najwa Hanani and Abdullah, Abdul Hafiz and Samat @ Darawi, Abdul Basit and Abdullah, Akmaliza and Mohd. Nasir, Badlihisham (2022) Analisis keperluan program-program sokongan sosial dalam pemerkasaan saudara baru. Umran International Journal Of Islamic And Civilizational Studies, 9 (2). pp. 29-38. ISSN 2289-8204

[img] PDF
229kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/umran2022.9n2.562

Abstract

Saudara Baru secara umumnya merujuk kepada seseorang yang baru sahaja berhijrah kepada agama Islam. Di Malaysia, bantuan dari segi bimbingan ilmu agama dan kebajikan sentiasa dititikberatkan untuk golongan ini supaya mereka dapat mendalami agama Islam dengan baik. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengkaji program-program sokongan yang telah tersedia dalam memperkukuh akidah Islam seseorang Saudara Baru. Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dengan melibatkan analisis kandungan. Seterusnya, dapatan dan perbincangan pula dihuraikan dari segi aspek program psikologi dan kaunseling, pendidikan dan bimbingan dan kewangan dan kebajikan kepada Saudara Baru. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kepada masyarakat mengenai keperluan program sokongan sosial yang telah diwujudkan untuk para Saudara Baru dan dalam masa yang sama memberi penekanan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai saudara Islam kepada golongan Saudara Baru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Supporting programmes, Saudara Baru, Islamic beliefs, welfare
Subjects:H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:104733
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:25 Feb 2024 04:04
Last Modified:25 Feb 2024 04:04

Repository Staff Only: item control page