Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Di Fakulti Pendidikan Utm, Skudai Johor

Hassan , Johari and Mohd Aris, Aslinda (2010) Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Di Fakulti Pendidikan Utm, Skudai Johor. Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Di Fakulti Pendidikan Utm, Skudai Johor . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
136kB

Official URL: http://docplayer.net/41869101-Katakunci-kemahiran-...

Abstract

Kemahiran pedagogi merupakan salah satu aset yang mesti dikuasai oleh golongan pendidik bergelar guru. Ini kerana, penguasaan dalam kemahiran pedagogi dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan terancang dan teratur. Justeru itu,penyelidik ingin mengkaji tahap penguasaan kemahiran pedagogi di kalangan bakal-bakal guru yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM Skudai. Seramai 186 orang responden yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan sebanyak 0.941 (? = 0.941). Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science for Windows (SPSS 13.0) bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap keenam-enam aspek kemahiran pedagogi yang dikaji iaitu kemahiran perancangan pengajaran, strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, pengurusan bilik darjah, penilaian pengajaran serta pengayaan dan pemulihan mencatatkan nilai min keseluruhan melebihi 3.33 iaitu berada pada tahap yang tinggi di mana kemahiran perancangan pengajaran mencatatkan nilai min tertinggi sebanyak 4.21. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan kemahiran pedagogi di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan berada pada tahap tinggi dengan nilai min sebanyak 3.95. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan diantara jantina responden dengan kemahiran pedagogi yang dikaji.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran pedagogi, pendidik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10468
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Oct 2010 03:40
Last Modified:23 Feb 2017 08:44

Repository Staff Only: item control page