Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru Besar Di Kuala Terengganu

Mohd. Tahir, Lokman and Ismail @ Besar, Azizah (2010) Kemahiran Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru Besar Di Kuala Terengganu. Kemahiran Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru Besar Di Kuala Terengganu. . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
32kB

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan komputer dengan aspek jantina, umur dan pengalaman mentadbir dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu. Aspek yang dikaji ialah tahap penggunaan komputer, pendedahan awal dan halangan-halangan yang dihadapi dalam penggunaan komputer. Responden kajian terdiri daripada 74 orang guru besar di daerah Kuala Terengganu. Data diperolehi menggunakan instrument soal selidik dan di analisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences Version 11.5). Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk alat kajian ini ialah α = 0.928. Penganalisisan data dibuat secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan min. Keseluruhan hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan computer dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu berada pada tahap memuaskan Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan komputer mengikut umur dan pengalaman mengajar. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan komputer mengikut jantina.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran penggunaan computer, guru besar, Kuala Terengganu
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10464
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Oct 2010 03:24
Last Modified:02 Mar 2017 02:50

Repository Staff Only: item control page