Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemudahan penggunaan teknologi google bilik darjah dalam kalangan guru sekolah menengah di Malaysia.

Hassan, Zainudin and A. Wahab, Nor Hidayah and Ahmad, Rozeman Rodin (2022) Kemudahan penggunaan teknologi google bilik darjah dalam kalangan guru sekolah menengah di Malaysia. Sains Humanika, 14 (2). pp. 69-77. ISSN 2289-6996

[img] PDF
470kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v14n2.1936

Abstract

Pelaksanaan Dasar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah guru dan ibu bapa untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan salah satu medium pembelajaran yang terkenal pada hari ini ialah Google Classroom suatu aplikasi mempermudahkan guru membuat, mengedarkan dan menyemak tugasan pelajar tanpa menggunakan kertas. Kajian ini bertujuan mengkaji kemudahgunaan dan kemanfaatan teknologi google classroom dalam kalangan guru serta sikap dan tingkahlaku sebenar guru terhadap penggunaan Google Classroom. Metodologi kajian ini menggunakan kedah kualitatif secara temubual separa berstruktur untuk mengumpul data dan maklumat kajian. Kaedah pengkodan telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Sampel bertujuan digunakan bagi memilih responden mengikut kriteria yang bersesuaian yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Sampel terdiri daripada 6 orang guru iaitu termasuklah 5 orang guru perempuan dan 1 orang guru lelaki sekolah menengah di Johor Bahru, Malaysia. Hasil kajian menunjukkan guru memberi pandangan positif terhadap Google Classroom sebagai teknologi yang memudahkan, fleksibel dan selamat digunakan. Mereka turut mengakui Google Classroom dapat meningkatkan keberkesanan prestasi kerja guru, membantu mereka mempelbagaikan bahan pembelajaran serta dapat menarik minat secara aktif dalam proses pembelajaran. Guru menyatakan Google Classroom teknologi yang memuaskan dan menyeronokkan kerana dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi guru di samping meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi berbanding sebelum ini. Guru-guru disarankan supaya perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan PdPc (Pembelajaran dan Pemudahcaraan) mereka lebih menarik melalui penerokaan pelbagai fungsi yang menarik di dalam aplikasi ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Google Classroom, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:104631
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:21 Feb 2024 08:42
Last Modified:21 Feb 2024 08:42

Repository Staff Only: item control page