Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM

Mohd. Noor, Norani and Borhan, Noorashidi (2010) Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM. Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
50kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai penerapan kemahiran generik dalam matapelajaran kokurikulum yang telah disertai oleh pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan di UTM. Seramai 136 orang responden yang terlibat dalam kajian ini, iaitu 92 orang responden perempuan dan 44 orang responden lelaki yang terdiri daripada semua pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan dan telah mengambil matapelajaran kokurikulum. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach)yang diperolehi untuk soal selidik ini ialah 0.9068. Data mentah dianalisis menggunakan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 11.5 For Windows untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan penerapan kemahiran komunikasi, kemahiran kerja dalam kumpulan dan kemahiran kepimpinan dalam kokurikulum berada pada tahap sederhana. Ini dapat dilihat pada hasil dapatan yang menunjukan penerapan kemahiran kerja dalam kumpulan memperoleh peratus tertinggi iaitu 71.4% diikuti kemahiran kepimpinan 50% dan yang terakhir kemahiran komunikasi sebanyak 45.2%. Kajian ini juga mendapati bahawa kaedah yang kerap digunakan untuk menerapkan kemahiran generik dalam kokurikulum adalah perbincangan dalam kumpulan, pelaksanaan projek dan tugasan kumpulan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran generic, kokurikulum, pelajar tahun akhir
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10462
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Oct 2010 11:05
Last Modified:27 Feb 2017 08:31

Repository Staff Only: item control page