Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan Pengajaran Mikro Dalam Latihan Mengajar Guru Pelatih Matematik Fakulti Pendidikan, UTM Skudai

Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Abdul Rahman, Norhayati (2010) Keberkesanan Pengajaran Mikro Dalam Latihan Mengajar Guru Pelatih Matematik Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Keberkesanan Pengajaran Mikro Dalam Latihan Mengajar Guru Pelatih Matematik Fakulti Pendidikan, UTM Skudai . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
36Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran mikro dalam latihan mengajar guru pelatih Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tujuan kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengenalpasti kemahiran yang dipelajari semasa kelas pengajaran mikro. Keduanya, adalah untuk mengenalpasti kemahiran yang dipelajari diaplikasikan semasa latihan mengajar dan terakhir untuk mengenal pasti kemahiran tersebut membantu ketika latihan mengajar. Kemahiran yang dipelajari semasa kelas pengajaran mikro iaitu persediaan mengajar, penguasaan penyampaian dan juga pengetahuan guru pelatih. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif . Instrumen yang digunakan adalah terdiri daripada pemerhatian dan soalan temu bual yang dilaksanakan ke atas responden. Temu bual di transkrip dan dianalisa menggunakan kaedah analisis kandungan. Pemerhatian pula menggunakan kaedah tinjauan. Responden terdiri daripada 5 orang guru pelatih Matematik UTM yang sedang menjalani latihan mengajar. Kajian ini di jalankan sekitar 3 buah sekolah di zon Kulai. Hasil dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru pelatih Matematik UTM menggunakan kemahiran yang dipelajari sewaktu kelas pengajaran mikro dalam latihan mengajar. Persediaan merancang buku rancangan mengajar, penguasaan penyampaian serta pengetahuan guru pelatih terhadap subjek yang diajar dilaksanakan dengan baik oleh guru pelatih Matematik. Di samping itu, hasil dapatan mendapati bahawa guru pelatih Matematik mengaplikasikan kemahiran tersebut semasa latihan mengajar. Tambahan lagi, kemahiran tersebut sememangnya membantu guru pelatih matematik dalam latihan mengajar di sekolah. Kesimpulannya, kajian ini memberi keuntungan kepada guru – guru pelatih Matematik UTM. Katakunci: guru pelatih, pengajaran mikro

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:guru pelatih, pengajaran mikro
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10460
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Oct 2010 10:59
Last Modified:04 Oct 2010 10:59

Repository Staff Only: item control page