Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian Di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba

Abdullah, Abdul Hafiz and Abdul Rahman, Norhanan (2010) Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian Di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba. Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian Di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
99kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan khusus mengenai kaedah hafazan al-Quran Sistem Turki yang dipraktikkan oleh pelajar-pelajar Tahfiz al-Quran Darul Tuba (TADT), Tangkak, Johor Darul Takzim.Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang kaedah hafazan al-Quran Sistem Turki yang digunakan, keistimewaan sistem ini serta kaedah-kaedah tertentu menerusi sistem ini yang diamalkan untuk memelihara hafazan. Sampel kajian ini terdiri daripada keseluruhan populasi dalam kelas hafazan iaitu seramai 10 orang. Set soal selidik mengandungi 44 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 12.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ? = 0.921. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat pelbagai kaedah yang efektif dipraktikkan dalam sistem ini. Selain itu keistimewaan dan kaedah menjaga hafazan yang dipraktikkan dalam sistem ini juga menarik minat pelajar menghafaz dan mendalami al- Quran melalui Sistem Turki.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:hafazan al-Quran, Tahfiz al-Quran Darul Tuba (TADT), Turki
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10459
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Oct 2010 10:57
Last Modified:06 Aug 2017 01:20

Repository Staff Only: item control page