Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tret personaliti dan faktor pemilihan kategori pekerjaan dalam kalangan pelajar kolej vokasional.

Ahmad, Adnan and Yee, Mei Heong and Mohamad, Mimi Mohaffyza and Taha, Mohamad Rafizi and Tee, Tze Kiong (2022) Tret personaliti dan faktor pemilihan kategori pekerjaan dalam kalangan pelajar kolej vokasional. Online Journal For Tvet Practioner, 7 (1). pp. 61-74. ISSN 2289-7410

[img] PDF
397kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.30880/ojtp.2022.07.01.007

Abstract

Kajian ini mengkaji tret personaliti dan faktor pemilihan kategori pekerjaan dalam kalangan pelajar tahun dua Diploma Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional di negeri Johor. Kajian ini menggunakan Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973) bagi mengenalpasti tret personaliti dan faktor utama yang mendorong pemilihan kerjaya para pelajar di kolej vokasional. Seramai 104 orang telah menurut serta di dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar tahun 2 Diploma Vokasional Malaysia yang menggunakan persampelan secara rawak. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-Form Eassy digunakan bagi meninjau tret personaliti responden, manakala item bagi faktor yang mendorong pemilihan kategori pekerjaan pelajar dibangunkan sendiri orang pengkaji. Analisis data deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kerjaya responden adalah faktor minat. Dapatan kajian juga menunjukkan profil personaliti keseluruhan responden adalah S(sosial), I(investigatif) dan R(realistik). Ciri-ciri bagi kategori kerjaya ini adalah minat terhadap aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, menghindari aktiviti yang eksplisit, berstruktur serta aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Analisis Independent Sample T-test digunakan bagi melihat perbezaan yang signifikan diantara faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor minat yang mempengaruhi pemilihan kerjaya responden. Kesimpulan dari kajian ini adalah pemilihan kategori pekerjaan pelajar-pelajar di kolej vokasional adalah SIR iaitu berupaya bekerja dengan orang lain dengan keupayaan kemahiran berfikir yang boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja kemahiran bersesuaian bidang pengajian teknologi yang dipilih. Selain daripada itu minat merupakan faktor utama dalam pemilihan bidang dan pelajar-pelajar ini telah bersedia untuk menceburi bidang kerjaya yang selari dengan bidang pengajian. Kepentingan kajian ini boleh menjadi sebahagian dari rujukan bagi pemilihan bidang pengajian kepada pelajar-pelajar yang memilih TVET sebagai laluan kerjaya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kategori pekerjaan, tret personaliti, faktor minat
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:104570
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:14 Feb 2024 06:05
Last Modified:14 Feb 2024 06:05

Repository Staff Only: item control page