Zulkifeli, Mohd. Firdauz and Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan and Abdul Hamid, Mohd. Zolkifli (2022) Elemen kemahiran insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7 (8). pp. 1-32. ISSN 2504-8562
PDF
448kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1659
Abstract
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen lain seperti kemahiran teknikal, kemahiran generik, kemahiran keusahawanan serta kemahiran berfikir. Pelajar adalah merupakan tonggak masa depan negara oleh itu pelajar harus berada di landasan yang betul supaya semua sistem pendidikan dan kemahiran yang mereka perolehi adalah sistematik adalah kekal relevan dengan keperluan majikan di setiap sektor organisasi pekerjaan. Setiap elemen dan aspek kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan serta etika dan integriti maka terhasillah kajian penyelidikan ini bertajuk “Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal”. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka elemen-elemen pada setiap domain kemahiran insaniah yang ada. Kajian yang digunakan adalah secara kualitatif analisa dokumen digabungkan dengan temu bual bersama 6 responden yang terdiri daripada 3 orang tenaga pengajar yang pakar di dalam bidang TVET dan 3 majikan yang terlibat dengan TVET dalam sektor industri. Data yang diterima dirumuskan dengan pengiraan melalui Nisbah Kesahan Kandungan terhadap 16 elemen di bawah setiap domain kemahiran insaniah pelajar menurut pengkongsian dan pandangan pakar. Berdasarkan analisa daripada temu bual yang dijalankan maka terhasillah elemen-elemen di bawah setiap 7 domain kemahiran insaniah pelajar yang disenaraikan. Data kuantitatif kemudiannya digunakan untuk menghasilkan satu instrumen pengesahan yang telah dinilai dengan menggunakan statistik Kappa. Dapatan di dalam penyelidikan ini diharap dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk penambahbaikan di dalam penentuan dan peningkatan elemen-elemen kemahiran insaniah pelajar semasa menjalani latihan praktikal.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Soft Skills, TVET Practical, Training |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 104514 |
Deposited By: | Muhamad Idham Sulong |
Deposited On: | 08 Feb 2024 08:20 |
Last Modified: | 08 Feb 2024 08:20 |
Repository Staff Only: item control page