Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Terhadap Personaliti Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Napiah, Othman and Adai, Affizah (2010) Persepsi Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Terhadap Personaliti Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Persepsi Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Terhadap Personaliti Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
188kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan terhadap personaliti pelajar SPI. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar tahun 4 daripada 13 kursus di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai sesi 2008/2009 iaitu seramai 125 orang pelajar. Satu set soal selidik yang mengandungi 35 item telah diedarkan kepada responden. Analisis deskriptif dibuat untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science version 14.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.968. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi positif terhadap personality pelajar SPI berdasarkan kepada nilai min yang diperolehi iaitu 3.69. Walau bagaimanapun, persepsi responden hanya berada pada tahap sederhana terhadap kesan personaliti positif pelajar SPI berdasarkan kepada nilai min 3.66. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi positif yang tinggi iaitu nilai min 4.15 terhadap ciri-ciri personaliti bakal guru Pendidikan Islam yang berkualiti. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan. Salah satu daripadanya adalah pelajar SPI sewajarnya menyedari peranan dan tanggugjawab yang terpikul kerana setiap perlakuan pelajar SPI menjadi panduan kepada pelajar-pelajar lain.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:personaliti pelajar, persepsi pelajar, Statistical Package for Social Science version 14.0.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10450
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Oct 2010 06:31
Last Modified:30 May 2017 02:18

Repository Staff Only: item control page