Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Sistem Pengurusan Makmal Tempahan Dan Inventori

Hassan, Johari and Ahmad Malek, Ahmad Irzam (2010) Pembangunan Sistem Pengurusan Makmal Tempahan Dan Inventori. Pembangunan Sistem Pengurusan Makmal Tempahan Dan Inventori . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
98kB

Abstract

Pengurusan makmal merupakan satu aspek penting yang berkaitan dengan aktiviti merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Pada masa kini pengurusan makmal sains telah menjadi kompleks yang memerlukan satu system pengurusan yang sistematik dan efisyen. Maka dengan itu, pembangunan Sistem Pengurusan Makmal berasaskan web ini adalah bertujuan untuk memudahkan lagi pengurusan makmal sains di sekolah serta membaiki lagi sistem pengurusan makmal sains yang lama terutama dari aspek tempahan dan inventori. Sistem Pengurusan Makmal ini merangkumi aspek tempahan makmal, tempahan item, maklumat pengguna, maklumat kakitangan makmal, maklumat pembekal dan inventori. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Frontpage untuk pengaturcaraan, MySQL untuk pangkalan data, Xampp sebagai pelayar dalaman dan juga Adobe Illustrator untuk penghasilan rekabentuk yang menarik. Pembangunan sistem ini menggunakan Model Berputar yang dijadikan sebagai garis panduan dalam proses pembangunan agar ianya menepati ciri-ciri dan objektif yang telah ditetapkan. Setelah sistem ini dibangunkan, ianya melalui beberapa ujian oleh pensyarah dan pembantu makmal sains. Sistem ini didapati mempunyai beberapa keupayaan yang tinggi dalam membantu menguruskan makmal dengan sistematik. Menurut penguji lagi, sistem ini mudah untuk digunakan dan difahami. Penguji juga berpendapat fungsi inventori dan paparan tempahan perlu ditingkatkan lagi supaya sistem ini menjadi satu sistem yang lebih lengkap. Diharapkan dengan pembangunan Sistem Pengurusan Makmal ini, ianya dapat membantu pengguna terutama guru dan kakitangan makmal dalam menguruskan makmal sains dengan lebih cekap dan efisyen.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sistem pengurusan makmal, Microsoft Frontpage, MySQL, Adobe Illustrator
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10449
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Oct 2010 06:29
Last Modified:04 Oct 2010 06:29

Repository Staff Only: item control page