Mohd. Salleh, Mohamad and Mazlan, Adjah Naqkiah (2022) Persepsi pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan secara dalam talian. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 11 . pp. 8-13. ISSN 2232-1918
PDF
280kB |
Official URL: https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/artic...
Abstract
Menerusi era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah andragogi dan pedagogi secara digital. Seiring dengan keadaan Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah keadaan semasa terutamanya sektor pendidikan. Pembelajaran yang dahulunya dijalankan secara bersemuka atau secara fizikal terpaksa diubah kepada pembelajaran dalam talian demi kelangsungan pembelajaran. Ia dilihat sebagai alternatif terbaik bagi memastikan pembelajaran pelajar tidak terhenti semasa pandemik ini. Justeru itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) secara dalam talian di sebuah sekolah dalam daerah Johor Bahru. Seramai 158 orang pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 25 item soalan dan terbahagi kepada dua konstruk iaitu persepsi pelajar menerusi faktor dalaman dan persepsi pelajar menerusi faktor luaran. Seterusnya, data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar menerusi faktor dalaman dan faktor luaran terhadap pembelajaran PJK secara dalam talian berada pada tahap interpretasi sederhana dengan nilai min masing-masing yang merekodkan bacaan nilai 3.55±1.07 dan 3.65±1.08. Kesimpulannya, persepsi pelajar terhadap mata pelajaran PJK secara dalam talian berada pada tahap sederhana dan usaha bagi penambahbaikan yang lebih tinggi serta berkesan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembelajaran secara atas talian dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Persepsi pelajar; pembelajaran dalam talian; Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK); faktor dalaman dan faktor luaran. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 104479 |
Deposited By: | Muhamad Idham Sulong |
Deposited On: | 08 Feb 2024 08:10 |
Last Modified: | 08 Feb 2024 08:10 |
Repository Staff Only: item control page