Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan senaman bersama bayi terhadap postur badan.

Mohd. Shafe’e, Muhammad Faiz and Abdul Ghan, Diyana Zulaika (2022) Kesan senaman bersama bayi terhadap postur badan. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 11 . pp. 46-54. ISSN 2232-1918

[img] PDF
448kB

Official URL: https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/artic...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti corak postur badan dalam kalangan wanita yang mempunyai anak kecil ataupun bayi. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji postur badan khususnya dalam kalangan wanita yang tidak mempunyai masa untuk bersenam dan mempunyai anak kecil. Skop kajian adalah untuk menganalisis sudut postur kepala, badan dan kaki dalam kalangan wanita sebelum dan selepas menjalani senaman bersama bayi dengan berat 3kg dan 5kg berpandukan video senaman yang disediakan. Kajian ini juga membandingkan perbezaan sudut postur kepala, badan dan kaki bagi bayi 3kg dan 5kg sebelum dan selepas menjalani senaman. Seramai 7 orang wanita telah terlibat sebagai subjek dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah menggunakan perisian KINOVEA untuk mengkaji sudut postur kepala, badan dan kaki. Data- data mentah ini seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Hasil analisis kajian mendapati bahawa selepas menjalani aktiviti senaman dalam tempoh 4 minggu, terdapat perubahan bagi sudut postur kepala, badan dan kaki subjek. Akan tetapi, perubahan yang berlaku adalah tidak signifikan (p> 0.05). Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian ini dianggap penting kerana ia dapat memberi pendedahan kepada golongan wanita tentang kepentingan aktiviti senaman dalam mengekalkan postur tubuh badan dan kesihatan yang baik semasa menguruskan anak kecil dan bayi mereka. Kesimpulannya, kajian ini telah mencadangkan beberapa senaman yang dapat memberi impak yang positif kepada postur kepala, badan dan juga kaki semasa menjaga anak kecil dan bayi pada masa yang sama.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:postur. wanita, bayi, anak kecil, senaman
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:104478
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:08 Feb 2024 08:10
Last Modified:08 Feb 2024 08:10

Repository Staff Only: item control page