Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan stres dalam kalangan guru besar

Mohd. Kosnin, Azlina and Abu Bakar, Zainudin and Ahmad, Rohana (2007) Pengurusan stres dalam kalangan guru besar. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 77-82. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF - Published Version
244Kb

Abstract

Kestabilan psikologi seseorang mempengaruhi cara mana ia bertingkah laku dan berfikir. Individu yang stabil dalam personaliti akan menghasilkan pemikiran dan tingkah laku yang positif. Kajian ini adalah berkenaan dengan kemahiran mengurus stress dalam kalangan guru-guru besar di daerah Batu Pahat dibandingkan dengan kepuasan bekerja guru-guru besar tersebut. Tiga aspek utama yang dikaji meliputi simptom fizikal, psikologi, dan tingkah laku. Manakala aspek kepuasan kerja dilihat dalarn aspek pencapaian, pengiktirafan, kenaikan pangkat, pekerjaan, hubungan interpersonal, gaji, penyeliaan, dan suasana tempat kerja. Seramai 108 orang guru besar sekolah rendah dalam daerah Batu Pahat terlibat dalam kajian ini. Instrumen soal selidik telah dibina berasaskan kepada Stress Symptom Checklist Christine et.al. (2005) dan digunakan sebagai alat pengumpulan data. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap stress guru besar adalah berada pada tahap rendah manakala tahap kepuasan kerja mereka berada pada tahap sederhana. Daripada tiga aspek simptom yang dikaji, simptom fizikal mencatat tahap sederhana, manakala simptom psikologi dan tingkah laku berada pada tahap rendah. Namun begitu terdapat hubungan yang songsang antara stress dengan kepuasan kerja (r = - 0.31). Semakin tinggi tahap stress maka semakin rendah tahap kepuasan kerja guru besar. Beberapa cadangan dan penambahbaikan juga dibincangkan untuk kajian yang akan datang

Item Type:Article
Additional Information:In Proceedings of Persidangan Pengurusan pendidikan peringkat kebangsaan (NATICOME 2008), Universiti Teknologi Malaysia
Uncontrolled Keywords:pengurusan stress, psikologi, guru besar, kepuasan kerja
Subjects:L Education > L Education (General)
R Medicine > RZ Other systems of medicine
Divisions:Education
ID Code:10446
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:05 Oct 2010 01:46
Last Modified:21 Dec 2010 09:46

Repository Staff Only: item control page