Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian hubungan gaya kepimpinan pengetua dengan stres guru

A. Ghafar, Mohd. Najib and Naim, Tinah (2007) Penilaian hubungan gaya kepimpinan pengetua dengan stres guru. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 61-76. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF - Published Version
679kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada alat ukur "Leader Behavior Description Questionnaire" (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. AJat ukur Stres Guru digunakan untuk mengukur tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dua dimensi tersebut. Sampe1 kajian terdiri daripada 314 orang guru dari Japan buah sekolah menengah yang mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Muar. Hasil kajian men9apati gaya kepimpinan pengetua pada pandangan guru adalah tinggi pada kedua-dua dimensi iaitu pada dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. Didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan dengan umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, tugas guru kelas, pengajar kelas peperiksaan, dan sesi persekolahan. Hasil kajian juga mendapati, (i) terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan dengan jantina. (ii) terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres guru pacta tahap yang sangat lemah dan (iii) tidak terdapat hubungan yang signitikan gaya kepimpinan pengetua dimensi timbang rasa dengan tahap stres guru pada gaya bertimbang rasa.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepimpinan pengetua, stres guru, leader behavior description questionnaire (LBDQ)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10445
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:05 Oct 2010 01:47
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page