Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan

Mohd. Amin, Nor Fadila and Abd. Rahim, Adibah (2010) Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan. Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
91kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif untuk mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk kerjaya dalam kalangan pelajar tahun empat di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 41 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mengandungi 53 item. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan nilai alpha bagi instrumen kajian iaitu α = 0.86. Data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 15.0 untuk mendapatkan nilai alpha serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kemahiran membaca, menulis dan mendengar dalam Bahasa Inggeris pelajar adalah sederhana manakala bagi kemahiran bertutur pula adalah rendah. Pada keseluruhannya, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar adalah sederhana. Walaubagaimanapun pelajar berpendapat penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting sebagai persediaan untukkerjaya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bahasa Inggeris, Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10441
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Oct 2010 10:29
Last Modified:23 Feb 2017 06:07

Repository Staff Only: item control page