Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dan Kandungan Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik

Noordin, Shaharom and Sapiee, Faridah (2010) Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dan Kandungan Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik. Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dan Kandungan Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
132kB

Abstract

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian ramai penyelidik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dan pengetahuan Fizik dalam kalangan 41 orang pelajar tahun tiga Pendidikan Fizik di UTM Skudai, Johor. Reka bentuk kajian berbentuk tinjauan. Dalam konteks kajian ini, hanya dua pengetahuan sahaja yang dikaji iaitu pengetahuan pedagogi dan pengetahuan Fizik manakala pembolehubah bebas yang terlibat ialah minat dan jantina. Dua alat kajian telah digunakan untuk mengukur tahap pencapaian dua pengetahuan ini iaitu Soal Selidik Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik dan juga Ujian Penilaian Isi Kandungan Mata Pelajaran Fizik (UPIKMPF). Setiap set soalan mengandungi 30 item dengan lima pilihan markat manakala UPIKMPF mempunyai 30 soalan objektif. Kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = .89 dan UPIKMPF ialah α = .74. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan antara tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dengan tahap pencapaian pengetahuan Fizik adalah positif sederhana di mana nilai r ialah ialah .536 pada p<.05. Selain itu, hubungan antara gred keputusan Latihan Mengajar pelajar dengan tahap pencapaian pengetahuan pedagogi adalah sangat lemah iaitu nilai r ialah .195 pada p>.05. Tidak terdapat perbezaan tahap pencapaian pelajar bagi kedua–dua pengetahuan merentas minat dan berada pada tahap baik. Terdapat perbezaan tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dalam kalangan pelajar merentas jantina iaitu perempuan (cemerlang) manakala lelaki (baik). Bagi tahap pencapaian pengetahuan Fizik pula secara keseluruhan tidak terdapat perbezaan tahap pencapaian merentas jantina iaitu berada pada tahap baik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK), Ujian Penilaian Isi Kandungan Mata Pelajaran Fizik (UPIKMPF)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10440
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Oct 2010 10:26
Last Modified:07 Jun 2017 02:58

Repository Staff Only: item control page