Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Terhadap Dialog Antara Agama: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (Utm), Skudai, Johor

Suratman, Azmi Shah and Abdul Rahah, Azrinah (2010) Persepsi Pelajar Terhadap Dialog Antara Agama: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (Utm), Skudai, Johor. Persepsi Pelajar Terhadap Dialog Antara Agama: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (Utm), Skudai, Johor . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
99kB

Abstract

Dalam masyarakat majmuk di Malaysia, isu-isu antara agama sering dibincangkan. Antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Dialog Antara Agama dalam kalangan pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara agama, mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam dialog antara agama. Sampel kajian adalah seramai 123 orang daripada 303 orang pelajar dari 5 kursus yang berlainan. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah. Instrumen bagi kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 45 item. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) for Windows version 14.0. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha ialah ?=.839. Purata min untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara agama ialah 3.22. Sementara, untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama, menunjukkan purata min sebanyak 3.15, manakala purata min bagi faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam dialog antara agama ialah 3.02. Purata min keseluruhan bagi kajian ini berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.14. Hasil kajian menunjukkan responden masih kurang terlibat dalam penganjuran dialog antara agama. Keadaan ini dapat diatasi dengan mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya ialah harus ada kempen setara yang selaras dengan arus perdana dalam memartabatkan hubungan masyarakat yang harmonis dan mempelbagaikan pendekatan dengan tujuan yang sama.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:agama, dialog
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10439
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Oct 2010 10:23
Last Modified:02 Aug 2017 08:13

Repository Staff Only: item control page