Mustari, Mohd. Ismail and Mohammat Nor, Norshaiful Azhar (2010) Persepsi Pelajar 3 Spi Terhadap Peranan Masjid Dari Sudut Pendidikan Dalam Masyarakat Islam. Persepsi Pelajar 3 Spi Terhadap Peranan Masjid Dari Sudut Pendidikan Dalam Masyarakat Islam . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
106kB |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi, langkah-langkah dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti yang berkaitan dengan masjid. Responden kajian ini adalah pelajar tahun 3 kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2008/2009 iaitu seramai 40 orang responden. Sebanyak 60 item soalan telah dibina dan instrument kajian yang digunakan ialah soal selidik. Analisis deskriptif dibuat untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science version 14.0 for Window. Nilai kebolehpercayaan ialah α = 0.860. Analisis kajian mendapati 99.5 % responden bersetuju dengan peranan masjid dari sudut pendidikan dengan purata min 4.58. Manakala 98.5 % responden bersetuju dengan langkah untuk menarik minat masyarakat ke masjid dengan purata min 4.45. Sementara 87.8 % responden terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid dengan purata min 3.38. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati pihak masjid telah memainkan peranan yang cukup baik dalam mengimarahkan masjid dari sudut pendidikan selaras dengan kehendak masyarakat kini.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | islam, pendidikan, peranan masjid |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10438 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 03 Oct 2010 10:20 |
Last Modified: | 29 May 2017 02:02 |
Repository Staff Only: item control page