Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesesuaian Kemahiran Asas Pertanian Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian Ke Arah Persediaan Menceburi Bidang Usaha Tani

Buntat, Yahya and Mohd. Zahari, Norakmal (2010) Kesesuaian Kemahiran Asas Pertanian Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian Ke Arah Persediaan Menceburi Bidang Usaha Tani. Kesesuaian Kemahiran Asas Pertanian Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian Ke Arah Persediaan Menceburi Bidang Usaha Tani . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
43kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kemahiran asas pertanian di sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian ke arah persediaan menceburi bidang usahatani. Responden kajian ini melibatkan semua pelajar tingkatan empat yang mengambil jurusan Sains Pertanian. Seramai 60 0rang pelajar dari sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terlibat sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 44 item soalan. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.875. Data diperolehi dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS for window version 11,5) bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran asas pertanian sangat sesuai dipelajari oleh pelajar sebagai persediaan dalam kerjaya pertanian. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan mata pelajaran Sains Pertanian selari dengan keperluan kerjaya di dalam bidang pertanian iaitu meliputi min sebanyak 3.68, pelajar mempunyai kemahiran yang cukup dalam pendidikan Sains Pertanian adalah sebanyak 3.88, pelajar berminat dalam mata pelajaran Sains Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69 iaitu kesemua persoalan kajian berada pada tahap yang tinggi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: kemahiran asas pertanian, usahatani
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10437
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Oct 2010 10:17
Last Modified:02 Aug 2017 08:04

Repository Staff Only: item control page