Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tanah pusaka terbiar di Malaysia: faktor dan cadangan penyelesaiannya.

Abu, Jaiya and Mohsin, Aminah (2022) Tanah pusaka terbiar di Malaysia: faktor dan cadangan penyelesaiannya. Jurnal LAND, 5 . pp. 25-44. ISSN 2600-7703

[img] PDF
533kB

Official URL: https://myjms.mohe.gov.my/index.php/land/article/v...

Abstract

Tanah pusaka merupakan tanah peninggalan nenek moyang yang diwarisi daripada generasi ke generasi secara turun temurun. Isu yang wujud dalam pengurusan dan pentadbiran tanah telah menyebabkan tanah pusaka tersebut menjadi tanah terbiar. Tanah khususnya tanah pertanian ditakrifkan sebagai tanah terbiar sekiranya tidak dibangunkan selama tiga (3) tahun berturut-turut. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya tanah pusaka terbiar dan memberikan cadangan bagi mengatasi masalah tanah pusaka terbiar. Metodologi yang digunakan adalah berdasarkan kajian literatur. Antara faktor yang dikenal pasti dalam artikel ini ialah urusan pusaka yang lambat diselesaikan, penghijrahan golongan muda, tanah pusaka yang tidak ekonomik untuk diusahakan, kekurangan kemudahan infrastruktur, kelemahan penguatkuasaan undang-undang, perubahan dasar kerajaan dan juga pemilikan bersama yang ramai dalam satu-satu hak milik. Terdapat beberapa cadangan yang diketengahkan di dalam artikel ini. Artikel ini penting sebagai rujukan oleh para penyelidik dalam membuat penyelidikan yang lebih mendalam ke atas isu tanah pusaka terbiar yang berlaku di negara kita dan seterusnya memberikan cadangan bagi mengatasi isu tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Tanah Pusaka Terbiar, Faktor Terbiar, Pengurusan dan Pentadbiran Tanah
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD1394-1394.5 Real estate management
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:104354
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:04 Feb 2024 05:25
Last Modified:04 Feb 2024 05:25

Repository Staff Only: item control page