Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pekerja di pejabatan tanah di Kelantan.

Mohd. Yusof, Nur Farahin and Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Othman, Muhammed Fauzi and Balwi, Mohd. Koharuddin and Markom, Mohd. Nasir (2022) Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pekerja di pejabatan tanah di Kelantan. Jurnal Kemanusiaan, 19 (1). pp. 8-19. ISSN 2600-755X

[img] PDF
552kB

Official URL: https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanus...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan meneroka pengalaman pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Kelantan. Pembelajaran informal antara kaedah penting peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetesi di tempat kerja. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Teknik temu bual secara semi berstruktur digunakan melalui teknik persampelan bertujuan. Lima pekerja di organisasi berkaitan telah dipilih sebagai informan kajian. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu mengenalpasti faktor yang mendorong pekerja melaksanakan pembelajaran informal; mengenalpasti strategi yang digunakan dalam pembelajaran informal dan meneroka kesan pembelajaran informal terhadap pekerja. Data yang diperolehi daripada temubual ditranskrip verbatim dan dianalisis menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian menunjukkan, pekerja terdorong untuk belajar kerana faktor motivasi; tuntutan kawasan persekitaran dan keperluan kerja. Strategi pembelajaran pula pelbagai seperti menggunakan strategi bahan bacaan; media elektronik; kaedah pemerhatian dan berdialog dengan orang yang lebih pakar. Selain itu, kesan pembelajaran informal dalam kalangan pekerja adalah berlakunya peningkatan pengetahuan seperti ilmu undang-undang hartanah, kemahiran dalam menguruskan tugasan terutama di lapangan dan meningkatkan profesionalisme serta memperbaiki sikap mereka terhadap kerja.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pengalaman, pembelajaranInformal, pengurusan tanah dan hartanah, pekerja, pelajar dewasa
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD1394-1394.5 Real estate management
Divisions:Science
ID Code:104353
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:04 Feb 2024 05:25
Last Modified:04 Feb 2024 05:25

Repository Staff Only: item control page