Md. Yunus, Norhidayah and Abd. Hamid, Muhamad Norfiqiri and Berahim, Nur and Mohd. Yusoff, Nurul Syakima and Md. Azmi, Fatin Afiqah and Mohd. Ali, Hishamuddin and Mohamed Razali, Muhammad Najib and Zainudin, Ainur Zaireen (2022) Kaedah pelaksanaan cukai tanah terbiar bagi merancakkan pembangunan tanah terbiar. Jurnal Dunia Pengurusan, 4 (1). pp. 72-84. ISSN 2682-8251
PDF
229kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.1.8
Abstract
Isu tanah terbiar terutamanya kategori pertanian memberi impak kepada kapasiti pengeluaran bahan makanan serta penggunaan tanah yang terbaik. Kerajaan Malaysia lazimnya menggunakan kaedah diplomasi untuk menangani isu tanah terbiar melalui penyediaan bantuan modal, infrastruktur dan input tanaman bagi mendorong pemilik tanah membangunkan tanah milik mereka yang terbiar. Namun, penelitian praktis di peringkat antarabangsa mendapati terdapat beberapa negara yang telah mengambil pendekatan bersifat desakan iaitu melalui pengenaan cukai tanah terbiar. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaedah pelaksanaan cukai tanah terbiar yang telah dilaksanakan oleh sembilan negara. Bagi mengetahui elemen utama berkaitan pelaksanaan cukai tanah terbiar, data sekunder dianalisis menggunakan analisis tematik dan analisis perbandingan. Lima elemen asas telah dikenal pasti dalam kajian ini sebagai elemen yang penting dalam pelaksanaan cukai tanah terbiar. Berdasarkan penemuan ini, Malaysia mempunyai pilihan baru untuk penguatkuasaan tanah terbiar yang mungkin boleh dipertimbangkan di masa akan datang apabila pendekatan diplomasi tidak lagi memberi kesan dalam usaha Malaysia menangani isu tanah pertanian terbiar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | cukai, tanah terbiar, kaedah pelaksanaan |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Geoinformation and Real Estate |
ID Code: | 104336 |
Deposited By: | Muhamad Idham Sulong |
Deposited On: | 04 Feb 2024 02:52 |
Last Modified: | 04 Feb 2024 02:52 |
Repository Staff Only: item control page