Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan NGO Islam Terhadap Perlaksanaan Islah Dan Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat

Mohd. Yusof, Farahwahida and Md. Said, Norshiela (2010) Peranan NGO Islam Terhadap Perlaksanaan Islah Dan Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat. Peranan NGO Islam Terhadap Perlaksanaan Islah Dan Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
46kB

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui kegiatan islah dan dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Islam oleh ABIM Negeri Johor. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti peranan ABIM Negeri Johor serta kaedah yang digunakan terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat Islam khususnya masyarakat di negeri Johor. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan islah dan dakwah yang dijalankan oleh ABIM Negeri Johor terhadap masyarakat. Di antara metodologi yang digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini ialah Metode Penentuan Subjek, Metode Pengumpulan Data dan Metode Analisis Data. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa ABIM Negeri Johor memainkan peranan yang sangat penting terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dengan menyumbangkan pelbagai usaha agar dapat menyuburkan kembali sinar Islam yang kian dicemari oleh pelbagai isu keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat. Kaedah perlaksanaan islah dan dakwah ABIM Negeri Johor direalisasikan secara berjamaah melalui pelbagai pendekatan berdasarkan keperluan semasa dan keadaan masyarakat setempat. Usaha-usaha ABIM Negeri Johor memberikan kesan yang memberangsangkan melalui penerimaan masyarakat secara positif terhadap aktiviti islah dan dakwah yang dijalankan. Namun, usaha-usaha tersebut hanya terkesan ke atas sebilangan masyarakat sahaja, masih terdapat masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Di akhir kajian, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada ABIM Negeri Johor bagi memantapkan lagi usaha-usaha islah dan dakwah yang dilaksanakan dalam kalangan masyarakat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ABIM, dakwah, islah, islam, NGO
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10433
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Oct 2010 11:20
Last Modified:02 Mar 2017 03:49

Repository Staff Only: item control page