Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Sistem E-Pembelajaran Bagi Topik Polygons Ii Berlandaskan Model Van Hiele Berasaskan Perisian Moodle

Abdullah, Abdul Halim and Mustaffa, Fatihah Aimi (2010) Pembangunan Sistem E-Pembelajaran Bagi Topik Polygons Ii Berlandaskan Model Van Hiele Berasaskan Perisian Moodle. Pembangunan Sistem E-Pembelajaran Bagi Topik Polygons Ii Berlandaskan Model Van Hiele Berasaskan Perisian Moodle . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
45Kb

Abstract

Tujuan utama projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem atas talian bagi pembelajaran geometri secara kendiri bagi topik Polygons II berdasarkan kepada Model Van Hiele. Topik ini dipilih dalam projek ini berikutan ramai pelajar berpendapat topik Polygons II sebagai topik yang paling sukar untuk dipelajari. Tambahan pula, sukatan matapelajaran Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memasukkan serta menekankan geometri sebagai salah satu komponen utamanya. Epembelajaran ini mempunyai pelbagai aplikasi dan setiap aplikasi dirancang dan direkabentuk dengan teliti supaya ianya mampu untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran geometri. Kandungan dalam Online Lesson dan Take Home Note dirancang dan dibangunkan berdasarkan kepada Model Van Hiele. Model Van Hiele merupakan model yang memberi perhatian kepada pemikiran geometri dan terdapat lima tahap pemikiran berturutan dalam model tersebut iaitu visualisasi, analisis, deduktif tidak formal, deduktif formal dan rigor. Di samping itu, pemikiran pelajar terhadap geometri dua dimensi adalah terbaik untuk diterangkan menggunakan Model Van Hiele. Penilaian formatif dan sumatif digunakan dalam e-pembelajaran ini dan soalan-soalan yang diuji juga telah dirancang dan disusun berdasarkan kepada Model Van Hiele. Aktiviti-aktiviti dalam e-pembelajaran ini merangkumi permainan geometri, glosari istilah-istilah geometri, kuiz geometri dan ruangan sembang. Proses penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan bakal-bakal guru mengenai faktor isi kandungan, aspek afektif, pengantara muka, pedagogi dan navigasi e-pembelajaran. Hasil analisis terhadap kelima-lima faktor yang dinilai mendapati e-pembelajaran yang dibangunkan ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Adalah diharapkan dengan kewujudan epembelajaran ini, ianya dapat digunakan untuk membantu pembelajaran geometri dan seterusnya meningkatkan tahap pemikiran geometri pelajar. Katakunci: geometri, kendiri, Online Lesson, Take Home Note

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:geometri, kendiri, Online Lesson, Take Home Note
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10432
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Oct 2010 11:17
Last Modified:02 Oct 2010 11:17

Repository Staff Only: item control page