Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan Persekitaran Utm Terhadap Pembangunan Rohani Pelajar Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (PTK)

Mamat @ Ariffin, Ahmad Nasrul Hakim and Abdul Rahman, Mohd Anuar (2010) Kesan Persekitaran Utm Terhadap Pembangunan Rohani Pelajar Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (PTK). Kesan Persekitaran Utm Terhadap Pembangunan Rohani Pelajar Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (PTK) . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
55kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan faktor persekitaran di UTM dalam pembangunan rohani pelajar. Tumpuan kajian ini ialah terhadap lima faktor persekitaran iaitu bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), kokurikulum, Fakulti Pendidikan, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya. Kajian ini merupakan satu tinjauan menerusi soal selidik yang diedarkan kepada 130 orang pelajar tahun empat di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (PTK) Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar kejuruteraan awam, elektrik, jentera dan kemahiran hidup. Kajian rintis telah dibuat kepada 12 orang pelajar di Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi (FKSG) dan didapati nilai alpha Crombach adalah 0.977. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min, ujian t dan kolerasi. Dapatan menunjukkan kelima-lima faktor persekitaran yang dikaji memberi kesan yang tinggi dalam pembangunan rohani pelajar. Pengaruh rakan sebaya memberikan kesan yang tertinggi, manakala persekitaran di fakulti merupakan faktor terendah. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap kesan faktor persekitaran dalam membangunkan rohani pelajar. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang sederhana positif antara faktor persekitaran HEP dengan fakulti, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya manakala hubungan yang positif lemah antara faktor HEP dengan kolej kediaman dan fakulti dengan pengaruh rakan sebaya. Melalui kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi perlaksanaan dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh UTM dalam membangunkan rohani.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor persekitaran, pembangunan rohani pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10431
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Oct 2010 11:14
Last Modified:02 Aug 2017 07:51

Repository Staff Only: item control page