Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran Berkomunikasi Secara Berkesan Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Sayed Ahmad, Sayed Mahussain and Mustaffa, Fathiah (2010) Kemahiran Berkomunikasi Secara Berkesan Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Kemahiran Berkomunikasi Secara Berkesan Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
89kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran-kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, kajian ini juga adalah bagi mengenalpasti halangan-halangan dalam berkomunikasi secara berkesan serta bagi mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan. Seramai 102 orang responden dari kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Universiti Teknologi Malaysia, bagi sesi 2008/2009 telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi 40 item soalan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah ??= 0.891. Purata min dari objektif pertama iaitu mengenalpasti kemahiran-kemahiran berkomunikasi secara berkesan ialah 4.05. Manakala objektif kedua ialah mengenalpasti halangan-halangan dalam berkomunikasi secara berkesan, menunjukkan purata min soalan sebanyak 4.24. Purata min bagi objektif ketiga iaitu mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan pula ialah 4.21. Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) berada pada tahap yang tinggi dengan purata min keseluruhan ialah 4.17. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihakpihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk kajian pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah dalam berkomunikasi, Statistical Package of Social Sciences (SPSS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10430
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Oct 2010 11:11
Last Modified:02 Aug 2017 07:41

Repository Staff Only: item control page