Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Bab 7 : Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Che Shariff, Farah Asnida (2010) Bab 7 : Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. In: Sains Sosial. Universiti Teknologi Malaysia. ISBN 978-983-52-0532-3

[img]
Preview
PDF
48kB

Abstract

Sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, pendidikan telah menjadi salah satu mekanisme terpenting dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan matlamat bagi menyatu padukan rakyat berbilang kaum supaya dapat me mbina sebuah negara yang aman dan maju (Mok Soon Sang, 2002). Justeru, daripada pernyataan di atas, dapat dilihat bahawa pendidikan adalah merupakan satu wadah yang amat penting bagi menyatu padukan rakyat Malaysia dalam membangunkan negara. Kesinambungan daripada itu, menyedari haki kat akan peri pentingnya pendidikan, maka kerajaan telah mengambil inisiatif dengan meng arahkan perwujudan satu jawatan kuasa untuk mengkaji sistem pendidikan kebangsaan yang dapat diterima oleh semua kaum. Jawatan kuasa ini telah dibentuk pada tahun 1959, dan diketuai oleh Menteri Pe lajaran pada ketika itu,iaitu Yang Berhormat Abd. Rahman Talib. Oleh yang demikian, pada tahun 1960, jawatankuasa ini telah mengemukakan satu usul yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib yang akhirnya digazetkan sebagai Akta Pelajaran 1961. Ini me njadikan dasar-dasar da lam laporan berkenaan sebagai dasar-dasar legislatif atau perundangan yang menjadi keme stian untuk dilaksanakan oleh sekolah-sekolah (Sufean, 2002).

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10429
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Oct 2010 03:40
Last Modified:26 Jul 2017 04:33

Repository Staff Only: item control page