Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Bab 4 : Pelaksanaan kurikulum kimia KBSM di kalangan guru-guru pelatih jurusan kimia di UTM

Yahaya, Azizi and Mohamad Hasan, Junidah (2010) Bab 4 : Pelaksanaan kurikulum kimia KBSM di kalangan guru-guru pelatih jurusan kimia di UTM. In: Sains Sosial. Universiti Teknologi Malaysia, pp. 1-7. ISBN 978-983-52-0532-3

[img]
Preview
PDF
24kB

Abstract

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha be rterusan untuk memperke mbangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan bermoral tinggi (Kementerian Pelajaran Ma laysia, 2001). Kerajaan telah mewujudkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk melahirkan warganegara yang se imbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) berdasarkan kepe rcayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Bermula dengan Kurikulum Kimia Tradisi berubah kepada Kurikulum Kimia Moden (1972), seterusnya Kimia KBSM (1989) dan yang terbaru Kimia KBSM baru (yang disemak semula, 2002). Seterus nya berlaku perubahan apabila mata pelajaran sains dan matematik akan diajar dalam baha sa inggeris secara se penuhnya pada tahun 2008. Perubahan ini dilakukan untuk me menuhi inspirasi negara untuk menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020. Malaysia sebagai sebuah ne gara yang sedang berusaha mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020, telah meleta kkan bidang sains dan teknologi sebagai salah satu pra-syarat bagi men capai hasrat tersebut. Aspek pendidikan merupakan fokus utama yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat yang inovatif, kreatif dan berfikiran kritis. Pendekatan penga jaran dan pembelajaran dalam Kimia KBSM baru melibatkan proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran secara bersepadu dengan mengambil kira serta memanfaatkan kecerdasan yang pelbagai (Abu Hassan, 2004). Pendekatan ini merangkumi pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar secara aktif, penggunaan kema hiran berfikir secara berfikrah, pengoperasian dan aplikasi kemahiran saintifik di samping pe mbentukan sikap saintifik dan nilai murni (Abu Hassan, 2003). Usaha ini dilakukan secara bersungguh-sungguh bagi membina masyarakat saintifik yang progresif, i novatif dan berpandangan jauh.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10426
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Oct 2010 03:30
Last Modified:26 Jul 2017 04:27

Repository Staff Only: item control page