Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek bagi tema keseimbangan ekosistem untuk sains tahun satu.

Hasim, Nurhafizah and Abdullah, Norazilawati and Ariffin, Nurul Hazwani and Mat Daud, Anis Nazihah and Mohd. Razak, Nur Raihana (2022) Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek bagi tema keseimbangan ekosistem untuk sains tahun satu. Journal Of Science And Mathematics Letters, 10 (SI). pp. 63-73. ISSN 2462-2052

[img] PDF
735kB

Official URL: https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSML/articl...

Abstract

Pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu strategi pembelajaran yang sesuai dilaksanakan untuk menarik minat murid dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep Sains yang dipelajari. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu modul pembelajaran berasaskan projek bagi tema Keseimbangan Ekosistem untuk Sains Tahun Satu. Modul tersebut dibangunkan berdasarkan model reka bentuk instruksional ADDIE tetapi kajian ini hanya memfokuskan fasa pembangunan yang merangkumi pembangunan dan penilaian kesahan modul. Modul tersebut dibangunkan dengan mengintegrasikan empat standard kandungan untuk Sains Tahun Satu iaitu bahagian tumbuhan, bentuk muka bumi, tanah dan binaan daripada bongkah bentuk asas. Modul tersebut dibangunkan untuk mengaplikasikan strategi pembelajaran berasaskan projek yang melibatkan penghasilan buku skrap dan pembinaan model taman berbentuk diorama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul tersebut mempunyai nilai peratusan persetujuan pakar yang tinggi iaitu 92% (SP = 9) untuk kesahan muka dan 97% (SP = 3) untuk kesahan kandungan. Modul tersebut dijangka dapat menarik minat murid Tahun Satu untuk mempelajari subjek Sains serta menerapkan kemahiran proses sains, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri mereka. Implikasi kajian ini ialah modul pembelajaran berasaskan projek yang dibangunkan dapat membantu guru dalam pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah sebagai alternatif pembelajaran norma baharu.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Development, Development Learning Module, Development Learning Module Project-based Learning
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Science
ID Code:104232
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:22 Jan 2024 07:27
Last Modified:22 Jan 2024 07:27

Repository Staff Only: item control page