Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sejauh Manakah Faktor Keluarga Dapat Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris

Yahaya, Azizi (2010) Sejauh Manakah Faktor Keluarga Dapat Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
60kB

Abstract

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) digubal dengan tujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dari segi jasmani, rohani, intelek, emosi dan psikomotor (Saedah, 1993). Penguasaan bahasa oleh pelajar sangat ditekankan dalam kurikulum tersebut. Mata pelajaran Inggeris merupakan salah satu mata pelajaran wajib selain Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa Kebangsaan negara kita. Dalam konteks kurikulum, bahasa Inggeris bertujuan membekalkan pelajar kemahiran supaya dapat menggunakannya sebagai saluran untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna dan relevan kepada kehidupan seharian. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang menjadi bahasa penghantar utama bagi pelbagai maklumat masa kini. Oleh itu, penguasaan bahasa Inggeris amat penting bagi para pelajar pada masa kini. Akan tetapi, pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris masih kurang memuaskan. Malahan terdapat banyak kritikan dari kalangan masyarakat tempatan mahupun luar negara bahawa pelajar Malaysia lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Di samping itu, ramai pelajar menghadapi kesusahan dalam pelajaran di institusi pengajian tinggi mereka kerana kebanyakan buku teks dan buku rujukan yang berkaitan adalah dalam bahasa Inggeris. Malahan ketika pelajar-pelajar berkaitan melibatkan diri dalam pekerjaan, mereka menghadapi masalah berkomunikasi secara bertulis dan lisan dengan orang lain. Walaupun banyak usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran bahasa Inggeris, tetapi keputusan akademik tetap menunjukkan pencapaiannya rendah. Kelemahan penguasaan bahasa Inggeris ini bukan lagi suatu isu baru tetapi sering diperkatakan. Kajian-kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti punca kelemahan pelajar dalam bidang ini juga banyak dilakukan tetapi kebanyakannya adalah memfokuskan kepada faktor tanggapan pelajar terhadap bahasa Inggeris, minat, tabiat belajar, kecerdasan dan sebagainya. Maka, kajian ini akan memberi fokus kepada faktor keluarga di mana keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian pelajaran akademik pelajar (Jalim, 1999; Sainah, 1996).

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10422
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Oct 2010 15:32
Last Modified:02 Aug 2017 07:24

Repository Staff Only: item control page