Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gangguan Seksual Di kalangan Pekerja Wanita Sektor Industri di Johor Bahru: Sejauh manakah Kebenarannya

Yahaya, Azizi and Ramli, Jamaludin and Boon, Yusof (2010) Gangguan Seksual Di kalangan Pekerja Wanita Sektor Industri di Johor Bahru: Sejauh manakah Kebenarannya. Gangguan Seksual Di kalangan Pekerja Wanita Sektor Industri di Johor Bahru: Sejauh manakah Kebenarannya . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
32Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktornya yang menyebabkan berlakunya gangguan seksual di tempat kerja, mengkaji kesan-kesan gangguan seksual ke atas mangsa yang terlibat dan juga kesan kepada pekerjaan serta produktiviti pekerja. Data diperoleh daripada soalan soal selidik yang telah diedarkan kepada responden untuk mendapatkan bahan-bahan berkenaan dengan masalah gangguan seksual yang sering dihadapi oleh mangsa. Hasil kajian mendapati masalah gangguan seksual sememangnya berlaku terhadap wanita di industri walaupun jarang mendapat perhatian umum kerana kurang pengetahuan yang khas oleh wanita mengenai ciri-ciri gangguan seksual boleh dikenakan tindakan terhadap pengganggu. Kadangkala gangguan seksual yang berlaku dianggap sebagai satu gurauan oleh mangsa tetapi akan menyebabkan masalah yang berpanjangan apabila tidak di bendung dengan segera. Akhir sekali, secara keseluruhannya gangguan seksual ini memberikan kesan ke atas mereka yang menjadi mangsa. Katakunci: gangguan seksual

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gangguan seksual
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10419
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Oct 2010 15:16
Last Modified:01 Oct 2010 15:16

Repository Staff Only: item control page