Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian kes bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap pelarian Rohingya di Ampang, Selangor.

Mohd. Fakhruddin, Faizah and Abdul Majid, Mohamad Azri and Mohd. Fakhruddin, Fathiyah and Arasu, Meera and E., Soon Kiat (2022) Kajian kes bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap pelarian Rohingya di Ampang, Selangor. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED, 7 (49). pp. 118-132. ISSN 0128-1755

[img] PDF
197kB

Official URL: http://www.jised.com/PDF/JISED-2022-49-10-13.pdf

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap kehadiran pelarian Rohingya di Ampang, Selangor berserta faktor-faktornya. Kajian ini menggunapakai reka bentuk kualitatif dan pendekatan kajian kes dalam mengkaji isu pelarian Rohingya. Seramai tujuh orang informan telah ditemubual menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Hasil kajian mendapati tiga bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap pelarian Rohingya di Ampang, Selangor iaitu tidak menerima, menerima, dan berpendirian neutral. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada bentuk penerimaan tidak menerima ialah sikap, jenayah, dan gaya hidup. Bentuk penerimaan menerima pula berdasarkan faktor hak asasi manusia dan simpati. Manakala, pendirian neutral disebabkan faktor sikap yang tidak menghakimi pelarian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi dan juga bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap kehadiran pelarian Rohingya di Ampang, Selangor adalah bergantung kepada pengalaman masyarakat tempatan itu sendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan sumbangan terhadap perkembangan ilmu sosiologi secara amnya berkenaan isu pelarian asing di Malaysia yang bermanfaat buat pelbagai pihak seperti ahli akademik, industri, serta pihak kerajaan dalam memahami danmenambahbaik polisi berkenaan isu ini. Selain itu, kajian juga mencadangkan agar kajian reka bentuk kuantitatif dengan responden yang lebih besar jumlahnya serta dari pelbagai latar belakang dijalankan di masa akan datang demi meningkatkan kefahaman serta kualiti kajian ke tahap yang lebih baik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pelarian Rohingya, bentuk penerimaan, sikap, jenayah, gaya hidup
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions:Science
ID Code:104107
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:17 Jan 2024 01:00
Last Modified:17 Jan 2024 01:00

Repository Staff Only: item control page