Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Program Pemulihan Akhlak Wanita: Sejauhmanakah Keberkesanan Pusat Perlindungan Wanita Membantu Proses Pemulihan?

Yahaya, Azizi and Abd Rahman, Mohd. Anuar and Hamdan, Abd Rahim and Boon, Yusof (2010) Program Pemulihan Akhlak Wanita: Sejauhmanakah Keberkesanan Pusat Perlindungan Wanita Membantu Proses Pemulihan? Program Pemulihan Akhlak Wanita: Sejauhmanakah Keberkesanan Pusat Perlindungan Wanita Membantu Proses Pemulihan? . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
45kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program yang sedang dijalankan di Pusat Perlindungan Wanita dan Gadis, Taman Seri Puteri Cheras, Jerantut dan Rembau dan Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka. Di pusat perlindungan ini, wanita dan gadis yang terlibat akan menjalani program pemulihan akhlak yang bertujuan untuk memberikan bimbingan dan panduan kepada mereka sebagai persediaan untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Kajian ini dibuat dalam bentuk deskriptif dan instrumen kajian ialah soal selidik. Soal selidik yang digunakan ini dibina dan diubahsuai oleh penyelidik sendiri. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Cronbach Alpha, di mana nilai keseluruhannya ialah 0.87. Responden kajian terdiri daripada 366 orang responden. Kelayakan responden yang dipilih berdasarkan tempoh mereka telah menjalani program di kedua-dua pusat. Pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini ialah Program Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan akhlak, Kemudahan dan kelengkapan yang telah tersedia, Program Kebudayaan dan Sosial, Punca terlibat dan peranan Lembaga Pelawat. Hasil dapatan kajian menunjukkan, pelatih tidak dapat mengikuti program secara berkesan. Analisis dapatan kajian yang menggunakan program SPSS berjaya mengesan beberapa kelemahan dalam perlaksanaan program-program yang sedia ada seperti kaunselor yang tidak bertauliah, kelas pendidikan akhlak yang membosankan dan kemudahan serta kelengkapan yang tidak lagi sesuai dan selesa. Secara keseluruhannya didapati program yang dijalankan di Tamantaman puteri dan Tunas Bakti kurang berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kaedah Cronbach Alpha, Pusat Perlindungan Wanita dan Gadis
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10408
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Sep 2010 12:32
Last Modified:01 Aug 2017 08:22

Repository Staff Only: item control page