Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian keberkesanan pembelajaran aktif segerak dan tidak segerak secara atas talian bagi kursus pengurusan geoinformasi

Tarmidi, Mohammad Zakri and Ujang, Muhamad Uznir and Muhamad Sidek, Mohd Akhmal and Md. Nasir, Ahmad Nabil (2022) Penilaian keberkesanan pembelajaran aktif segerak dan tidak segerak secara atas talian bagi kursus pengurusan geoinformasi. Journal of ICT in Education, 9 (2). pp. 16-33. ISSN 2289-7844

[img] PDF
569kB

Official URL: https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/issu...

Abstract

Pembelajaran aktif telah terbukti berkesan dapat meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar, dengan menumpukan kepada perbincangan antara pelajar, dan komunikasi dua hala dalam memahami topik dalam kursus yang diambil. Pembelajaran aktif kebiasaannya dilaksanakan secara bersemuka, namun ketika berlakunya pandemik COVID-19, proses ini tidak dapat dilaksanakan kerana pembelajaran perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya. Walaupun begitu, terdapat program-program pengajian yang menjalankan pembelajaran aktif secara atas talian. Akan tetapi kurang kajian yang khusus dijalankan bagi melihat keberkesanan pembelajaran aktif secara atas talian sepenuhnya. Oleh yang demikian, penyelidikan di dalam kertas penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat keberkesanan pembelajaran aktif secara atas talian dengan menggunakan teknik segerak dan tidak segerak. Kursus Pengurusan Data Spatial Lanjutan dipilih sebagai sampel kajian kerana ianya merupakan salah satu kursus di dalam kategori pengurusan Geoinformasi. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan dan penandaarasan bagi melihat maklumbalas pelajar dan perbandingan pencapaian pelajar dengan pelaksanaan pembelajaran aktif secara atas talian secara segerak dan tidak segerak. Hasil analisis menunjukkan, bagi kajian tinjauan, maklumbalas pelajar berada pada tahap tinggi, dengan nilai skor min 4.17, manakala bagi kajian penandaarasan, perbezaan peratus tahap pencapaian pelajar adalah menurun sedikit, dengan nilai min 4.3 namun tidak memberi impak yang besar terhadap pencapaian pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan kaedah pembelajaran aktif boleh dilaksanakan secara atas talian, dengan menggabungkan teknik pembelajaran segerak dan tidak segerak.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:synchronous learning, asynchronous learning, active learning, online active learning, geoinformation management
Subjects:T Technology > T Technology (General) > T58.5-58.64 Information technology
Divisions:Built Environment
ID Code:104071
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:17 Jan 2024 00:43
Last Modified:17 Jan 2024 00:43

Repository Staff Only: item control page