Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peningkatan Kualiti Reka Bentuk Kerusi Sekolah Rendah Dengan Mengintegrasikan Kaedah Qfd Dan Kejuruteraan Nilai

Mohd. Rohani, Jafri and Tamat, Suhaimi (2001) Peningkatan Kualiti Reka Bentuk Kerusi Sekolah Rendah Dengan Mengintegrasikan Kaedah Qfd Dan Kejuruteraan Nilai. Jurnal Teknologi A (35A). pp. 35-46. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
495kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/35/A/JT35...

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengintegrasikan kaedah QFD (Quality Function Deployment) – Pembangunan Fungsi Kualiti dan kaedah VE (Value Engineering) – Kejuruteraan Nilai dalam mereka bentuk kerusi sekolah rendah berasaskan kayu. Tujuan sebenar QFD adalah untuk membolehkan keperluan terhadap kehendak pengguna (pelajar sekolah rendah) diterjemahkan kepada kehendak teknikal dan reka bentuk. Pada hakikatnya pengguna mempunyai bahasa mereka yang tersendiri dalam menyampaikan maksud kehendak mereka, manakala jurutera reka bentuk pula mempunyai bahasa mereka tersendiri yang terdiri daripada bentuk-bentuk teknikal bagi memenuhi kehendak pengguna tersebut. Dalam melaksanakan proses translasi antara dua maklumat yang berbeza ini, pendekatan yang bersistematik perlu digunakan bagi menukar maklumat kualitatif dan kuantitatif pengguna kepada kriteria-kriteria teknikal yang diperlukan untuk reka bentuk. Pendekatan bersistematik tersebut boleh diperoleh melalui proses QFD, iaitu maklumat-maklumat tersebut akan dijanakan melalui beberapa matrik utama. Dalam kajian ini, kaedah VE telah diaplikasikan untuk menyenarai tapis kriteria yang dipindahkan dari Matrik Rumah Kualiti (matrik pertama) kepada Matrik Perancangan Komponen (matrik kedua) dalam kaedah QFD. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kehendak pengguna iaitu pelajar sekolah rendah dapat dipenuhi melalui integrasi kaedah QFD dan VE iaitu kerusi sekolah rendah berasaskan kayu yang menepati ciri-ciri kepenggunaan telah dikenalpasti, yang meliputi aspek kejuruteraan reka bentuk.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembangunan Fungsi Kualiti, Kejuruteraan Nilai
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:1036
Deposited By: Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:23 Feb 2007 08:44
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page