Sihes, Ahmad Johari (2010) Bab 7 : Pengamatan. In: Psikologi Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, pp. 1-8.
|
PDF
66kB |
Abstract
Adakah anda mengenali semua orang yang berada di sekeliling anda? Hakikatnya, kita hanya mengenali orang tertentu yang dirasakan perlu dalam kehidupan seharian. Dunia ini memang dipenuhi dengan objek dan peristiwa yang bergabung untuk membentuk maklumat. Terdapat maklumat yang tidak berguna kepada kehidupan harian individu tertentu dan juga maklumat yang penting kepada mereka. Sebagai contoh, kita tidak perlu mengenali semua orang yang berada di sekeliling tetapi hanya orang-orang tertentu sahaja. Manusia sebenarnya mempunyai satu kebolehan kognitif di mana mereka memilih rangsangan tertentu yang boleh memberi makna kepada dirinya. Pemilihan dilakukan dengan memberikan tumpuan kepada sebahagian entiti yang terdapat pada rangsangan. Setelah itu, barulah sesuatu rangsangan kederiaan itu diamati oleh manusia. Manusia telah dilengkapi dengan mesin khas untuk menangkap dan mentafsirkan maklumat tersebut kepada bahasa kognitif. Maklumat yang terpilih itu pula diproses oleh otak yang membuatkan penerima rangsangan menyedari tentang objek dan peristiwa di sekelilingnya. Kesedaran itu kemudiannya merangsang aktivi ti fizikal yang sesuai dengan persekitarannya. Oleh itu, pengamatan sebenarnya merangkumi satu urutan peristiwa yang saling berkaitan.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10354 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 25 Sep 2010 10:28 |
Last Modified: | 01 Oct 2017 04:24 |
Repository Staff Only: item control page