Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaitan tahap kognitif visual pelajar pendidikan kejuruteraan dengan pencapaian lukisan kejuruteraan di sekolah teknik

Saud, Muhammad Sukri and Lee, Ming Foong (2007) Kaitan tahap kognitif visual pelajar pendidikan kejuruteraan dengan pencapaian lukisan kejuruteraan di sekolah teknik. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 15-25. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF - Published Version
520kB

Abstract

Lukisan Kejuruteraan merupakan subjek asas kepada kursus dalam bidang kejuruteraan. Sehubungan dengan itu, seseorang pelajar perlu melengkapkan diri dengan konsep asas Lukisan Kejuruteraan kerana ianya dapat memudahkan mengikuti pembelajaran yang Iebih kompleks dan dapat membantu pelajar untuk memahami konsep-konsep dalam teori dan amali kejuruleraan. Namun, untuk menguasai konsep Lukisan Kejuruteraan dengan berkesan, seseorang pelajar hams menguasai kemahiran visualisasi dengan baik. Banyak hasil kajian turut melaporkan bahawa pelajar sering menghadapi kesukaran dalam penyelesaian masalah LK akibat lemah dalam visualisasi. Wiley (1990) lelah mengemukakan satu heirarki pembelajaran visual. Hierarki Pembelajaran Visual Wiley terdiri daripada tiga peringkat dan setiap peringkat terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu dilalui oleh seseorang individu sebelum mencapai tahap kematangan visual. Peringkat pertama hierarki pembelajaran visual dikenali sebagai Kognitif Visual. Kognitif Visual adalah proses untuk memahami, mengingat, membentuk dan menyunting maklumat visual secara mental. Terdapat tiga tahap iaitu Persepsi Visual, Memori Visual dan Visualisasi. Kertas kerja ini membincangkan lahap kognitif visual pelajar di sekolah menengah teknik dan juga hubungannya dengan pencapaian Lukisan Kejuruteraan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar tingkatan empat dari sembilan buah sekolah menengah teknik di negeri Johor. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai tahap persepsi visual yang sederhana, tahap memori visual yang tinggi dan tahap visualisasi yang rendah. Hasil dapatan kajian turut menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara kognitif visual dengan pencapaian Lukisan Kejuruteraan pelajar. Oleh sebab itu, tahap kognitif visual pelajar perlu diberikan penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan supaya mereka dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:visualisasi, lukisan kejuruteraan, kognitif
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
N Fine Arts > NC Drawing Design Illustration
Divisions:Education
ID Code:10341
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:27 Sep 2010 01:50
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page