Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Konsep dan bukti empirikal pendedahan perubahan perakaunan

Ali Khan, Mohd. Noor Azli (2003) Konsep dan bukti empirikal pendedahan perubahan perakaunan. Jurnal Kemanusiaan, 16 (1). pp. 1-14. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
2MB

Official URL: http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurna...

Abstract

Kajian ini mengkaji konsep dan amalan pendedahan perubahan perakaunan dalam laporan tahunan kewangan syarikat. Berpandukan kepada Malaysian Accounting Standards Board (MASB) 3, tiada definisi yang khusus berkaitan dengan perubahan perakaunan. Namun begitu bagi praktis di Malaysia, MASB 3 perlu dijadikan panduan asas bagi pendedahan dan pelaporan yang berkaitan dengan perubahan perakaunan merangkumi perubahan dasar perakaunan, perubahan anggaran perakaunan dan kesilapan asas. Perubahan perakaunan ini juga termasuk dengan pembentangan polisi perakaunan yang dinyatakan dalam MASB I Para 99 dan nota kepada akaun dalam laporan tahunan. Kajian ini turut disokong dengan bukti empirikal amalan pendedahan perubahan perakaunan dalam laporan tahunan oleh syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan perakaunan dilaporkan pada setiap tahun.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bukti empirikal, perakaunan, Malaysian Accounting Standards Board (MASB)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:10337
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:22 Sep 2010 09:36
Last Modified:22 Sep 2010 09:36

Repository Staff Only: item control page