Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Globalisation, business and environmental management : to correct the broken compass

Low, Hock Heng (2003) Globalisation, business and environmental management : to correct the broken compass. Jurnal Kemanusiaan, 16 (1). pp. 1-13. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
1MB

Official URL: http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurna...

Abstract

Pengurusan Alam Sekitar(PAS) merupakan cadangan yang sering diutarakan bagi menjawab persoalan mengenai penghakisan sumber-sumber alam yang semakin hari semakin serius. Perbincangan mengenai tajuk ini memfokuskan kepada maksud PAS dalam konteks perniagaan yang menjana pelbagai pandangan yang amat berbeza oleh pengkaji-pengkaji. Sesetengah pengkaji seperti Porter dan Van Der Linde (1995) serta Frosch dan Gallapoulos (1992) berpendapat bahawa PAS dapat meningkatkan lagi keupayaan firma untuk bersaing. Pendapat ini pula disangkal oleh pengkaji seperti Walley dan Whitehead (1994). Isu mengenai perbezaan pandangan ini perlulah diselesaikan bagi membolehkan PAS diberi lebih perhatian oleh pengurus-pengurus firma. Model penentuan kos operasi dari konteks perniagaan perlu diperbaiki. Sumber-sumber alam sekitar tidak boleh diketepikan dalam penentuan kos operasi firma-firma. Kegagalan pengurusan mengambil kira kos ini telah mengakibatkan pembaziran sumber-sumber ini. Keputusan pengurusan mengenai penjimatan juga perlu mengambil kira kesan penjimatan jangka panjang yang lebih mesra alam. Oleh itu telah sampai masanya bagi kita mengubah model penentuan keuntungan firma yang telah diguna pakai sejak sekian lama.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:globalisation, environmental problem, environmental management system
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:10334
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:22 Sep 2010 09:54
Last Modified:22 Sep 2010 10:03

Repository Staff Only: item control page