Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dan Iklim Bilik Darjah Terhadap encapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat

Yahaya, Azizi and Michael Obih, Donald (2010) Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dan Iklim Bilik Darjah Terhadap encapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat. In: National Seminar Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
599Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan empat. Kajian ini melibatkan 108 responden yang dipilih secara rawak. Data diambil dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Maklum balas yang diperolehi menerusi borang soal selidik dan dianalisis dalam bentuk skor min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) Version 17.0 for Windows. Kajian rintis telah dijalankan di SMK Taman Universiti II. Nilai kebolehpercayaan instrumen yang diperolehi adalah ?=0.90. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah terhadap diri pelajar tingkatan empat berada di tahap yang tinggi iaitu pada skor min 3.79 bagi tahap motivasi terhadap diri pelajar tingkatan empat, skor min 3.85 bagi tahap gaya pembelajaran terhadap diri pelajar tingkatan empat dan skor min 4.06 bagi tahap iklim bilik darjah terhadap diri pelajar tingkatan empat. Analisis terhadap motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah berdasarkan jantina menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dan nilai skor min perempuan adalah melebihi lelaki. Hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan berkadar songsang dan lemah serta tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan empat

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LA History of education
Divisions:Education
ID Code:10327
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Sep 2010 18:07
Last Modified:21 Sep 2010 01:59

Repository Staff Only: item control page