Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tekanan Di Kalangan Guru Pelatih Matematik Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Abd Samad, Zahidah (2010) Tekanan Di Kalangan Guru Pelatih Matematik Semasa Menjalani Latihan Mengajar. TEKANAN DI KALANGAN GURU PELATIH MATEMATIK SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR . pp. 1-9. (Unpublished)

[img] Archive (ZIP)
53kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca tekanan, mengkaji kesan-kesan tekanan dan mengetahui tindakan guru pelatih matematik, menangani tekanan semasa menjalani latihan mengajar. Seramai lima orang guru pelatih matematik dari tiga buah sekolah menengah di Zon Kulai, telah dipilih untuk dijadikan responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian. Temu bual ditranskrip dan dianalisa menggunakan kaedah analisis kandungan. Manakala, pemerhatian pula menggunakan kaedah tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa punca-punca tekanan di kalangan guru pelatih matematik ialah masalah pelajar, menyediakan rancangan mengajar, menyediakan bahan bantu mengajar, masalah memilih strategi dan kaedah mengajar yang sesuai, dan kurangnya pengalaman sebagai seorang guru. Manakala, kesan-kesan tekanan kepada guru pelatih matematik ialah tidak mahu masuk dan lambat masuk kelas,tidak menyediakan rancangan mengajar, memarahi pelajar, tidak mengajar dengan baik, dan akhir sekali ialah bergaduh dengan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tindakan yang diambil oleh guru pelatih matematik untuk menangani tekanan yang dihadapi semasa menjalani latihan mengajar ialah berkongsi masalah dengan orang lain, merapatkan diri dengan pelajar, tidak ambil peduli dengan tindakan pelajar, dan muhasabah diri. Beberapa cadangan dikemukakan pada akhir laporan kajian untuk tujuan kajian pada masa hadapan.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10324
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Sep 2010 16:04
Last Modified:01 Aug 2017 01:43

Repository Staff Only: item control page