Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Dan Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan Dan Iradiasi Makanan Bagi Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan

Ismail, Sarimah and Mt Yong, Yusnani (2010) Pembinaan Dan Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan Dan Iradiasi Makanan Bagi Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan. Pembinaan Dan Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (Mpk) Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan Dan Iradiasi Makanan Bagi Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
34kB

Abstract

Pembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu dari segi sikap, minat terhadap matapelajaran, latar belakang, gaya belajar dan motivasi. Oleh itu MPK ini dibina bagi membantu pelajar menguasai sesuatu tajuk berdasarkan tahap kemampuan mereka dan mereka bebas untuk melakukan proses pemelajaran tanpa ada batasan dari segi masa dan pengawasan daripada guru dan pensyarah. Isi kandungan pembelajaran MPK ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran kursus Teknologi Pemprosesan Makanan I dan II bagi pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup, UTM Skudai. Seorang responden terlibat dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dan 30 responden terlibat dalam Penilaian Kajian Lapangan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Data yang diperolehi dianalisa secara diskriptif bagi kaedah PFKK dan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) bagi Kajian Lapangan. Dapatan kajian menunjukkan penilaian keatas kedua-dua MPK yang dibina adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan pemelajaran. Di akhir kajian ini diusulkan beberapa cadangan yang bersesuaian bagi memperbaiki kelemahan MPK agar menjadi bahan pemelajaran yang berkesan dan berkualiti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Self Learning Module (SIM), academic achievement.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10323
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Sep 2010 15:58
Last Modified:01 Aug 2017 01:37

Repository Staff Only: item control page