Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Tv Pendidikan Dan Eduwebtv Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor

Hassan, Johari and Sulaiman, Nor Hafizah (2010) Penggunaan Tv Pendidikan Dan Eduwebtv Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor. Penggunaan Tv Pendidikan Dan Eduwebtv Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
48Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penggunaan TV Pendidikan dan EDUWEBTV dalam kalangan guru sekolah menengah di sekitar Bandaraya Johor Bahru. Kajian ini tertumpu kepada penggunaan TV Pendidikan, kepentingan TV Pendidikan serta masalah yang dihadapi dalam menggunakan TV Pendidikan. Selain itu, kajian ini juga tertumpu kepada tahap kesediaan dan penerimaan guru terhadap EDUWEBTV serta masalah-masalah awal yang dihadapi dalam menggunakan EDUWEBTV. Instrumen kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang diedarkan kepada 150 orang responden dari 2 kategori sekolah menengah yang dipilih secara rawak berkelompok. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t juga digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar penggunaan TV Pendidikan adalah di tahap yang sederhana. Namun majoriti responden menyedari akan kepentingan TV Pendidikan di mana siaran TV Pendidikan mampu meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru dalam menggunakan TV Pendidikan ialah masalah percanggahan jadual waktu. Bagi EDUWEBTV, tahap kesediaan dan penerimaan guru menggunakan EDUWEBTV adalah di tahap yang sederhana. Manakala, masalah utama yang dihadapi ialah mereka tidak dapat melayari laman EDUWEBTV dengan cepat pada setiap masa dan boleh mengganggu proses P&P. Katakunci: TV Pendidikan, EDUWEBTV, Statistical Package For Social Sciences (SPSS)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:TV Pendidikan, EDUWEBTV, Statistical Package For Social Sciences (SPSS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10321
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Sep 2010 15:03
Last Modified:22 Sep 2010 07:55

Repository Staff Only: item control page