Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan berbantu komputer

Saud, Muhammad Sukri and Mohd. Ariffin, Nor Farhana (2010) Pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan berbantu komputer. Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Polylines Dan Blocks Dan Attribute Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
106Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai status kesesuaian dua Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bertajuk Polylines dan Blocks dan Attribute. MPK tersebut dibina dengan menggunakan Model Teras Cabang (Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan adalah satu set Borang Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Pensyarah) (Shaharom, 1994). Subjek kajian yang digunakan adalah tiga orang pensyarah. Seorang responden terlibat di dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) yang dilakukan oleh seorang pensyarah sementara Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dijalankan oleh dua orang pensyarah. Penilaian Formatif Kajian Percubaan (PFKP) melibatkan tiga puluh orang pelajar. Data mentah yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, nilai maksimum dan minimum. Hasil kajian menunjukkan MPK yang dibina adalah sesuai digunakan oleh pelajar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Modul Pembelajaran Kendiri (MPK), Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS), Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK), Penilaian Formatif Kajian Percubaan (PFKP)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10318
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Sep 2010 14:52
Last Modified:11 May 2011 02:42

Repository Staff Only: item control page