Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kefahaman Dan Keprihatinan Guru- Guru Kemahiran Hidup Terhadap Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Kulai, Johor

Mukhari, Abd. Wahid and Yeow, Siew Theng (2010) Kefahaman Dan Keprihatinan Guru- Guru Kemahiran Hidup Terhadap Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Kulai, Johor. Kefahaman Dan Keprihatinan Guru- Guru Kemahiran Hidup Terhadap Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Kulai, Johor . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
32kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis kefahaman dan prihatin guru-guru Kemahiran Hidup terhadap keselamatan bengkel Kemahiran Hidup di enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai, Johor. Seramai enam puluh tiga orang guru terlatih telah dipilih sebagai responden kajian. Metodologi kajian yang digunakan adalah jenis soal selidik yang berbentuk skala Likert. Skop kajian ini merangkumi tanggungjawab guru Kemahiaran Hidup bagi menjamin keselamatan bengkel, kefahaman para guru terhatdap potensi bahaya yang terdapat di bengkel dan seterusnya kefahaman para guru tentang langkah-langkah pencegahan kemalangan di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Kajian juga mendapati kesemua guru mempunyai tanggungjawab untuk merekodkan kemalangan yang berlaku di bengkel. Kajian mendapati sebilangan kecil guru tidak pasti mengenai pendedahan Occupational Safety and Healthy (OSH) kepada pelajar. Kajian mendapati majority guru bersetuju mengenai langkah-langkah pencegahan kemalangan di bengkel, tetapi terdapat bilangan guru yang kecil tidak pasti mengenai pemberian sijil kepada pelajar. Ramai guru tidak mempunyai kesedaran mengenai peralatan yang rosak.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keselamatan bengkel Kemahiran Hidup, Occupational Safety and Healthy (OSH),prihatin guru-guru.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10317
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Sep 2010 14:48
Last Modified:25 May 2017 00:58

Repository Staff Only: item control page